BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 17, 2010

Pulau Lagenda


Salam semua...
Hari ni aku aku nak buka topik tentang Pulau Lagenda yang tak lain tak bukan iaitu Pulau Langkawi. Aku pernah menjejakkan kaki ke Pulau tersebut pada tahun lepas dan amat tertarik dengan keindahan alam semulajadi di sana dengan lagenda masa silam yang tersendiri.

Langkawi ni terdiri daripada 99 buah pulau yang terletak di luar pantai barat laut semenanjung Malaysia. Pulau utama yang terletak dalam kepulauan ini dikenali sebagai Pulau Langkawi.

Langkawi juga merupakan salah satu daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ianya juga telah diberi status bebas cukai pada 1987. Kini, Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia yang juga merupakan suatu gugusan pulau terbesar antara pulau-pulau yang lain.

Untuk pengetahuan korang, terdapat 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi. Antara pulau-pulau tersebut ialah Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Tuba, dan Pulau Langgun. Hanya 1 pulau je yang aku telah jejakinya iaitu Pulau Dayang Bunting yang mengikut pandangan aku, ianya sangat menarik. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 15 minit dari jeti pekan Kuah dengan menaiki bot dan dikenakan bayaran RM45 sekepala. Korang pasti terpegun melihat flora2 di sekeliling ketika menaiki bot.

Selain itu, Pulau Langkawi ni terkenal dengan lagenda dan mitos termasuklah :
Gambar tersebut merupakan rumah Mahsuri

1) MAHSURI DAN SUMPAHAN 7 KETURUNAN

Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.


Gambar menunjukkan kononnya dayang tersebut sedang bunting

2) LAGENDA PULAU DAYANG BUNTING

Lagenda pada pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum atau mandi dengannya. Terdapat banyak versi cerita rakyat tentang asal-usul tasik ini namun lagenda Putri Dayang Sari adalah cerita yang termasyur.

gambar tersebut merupakan gambar di telaga tujuh

3) MISTERI TELAGA TUJUH

Telaga Tujuh atau The Seven Wells adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

Hurmm, sebenarnya banyak lagi lagenda-lagenda tentang Pulau Langkawi, tetapi setakat ini sahaja yang aku mampu kongsikan.

Kalau korang berhasrat untuk bercuti di Pulau Langkawi, terdapat beberapa tempat menarik yang boleh korang lawati, antaranya :

1) Telaga Air Hangat
2) Padang Mat Sirat
3) Telaga Tujuh
4) Pulau Dayang Bunting
5) Dataran Helang
6) Makam Mahsuri
7) Gunung Mat ChingChang
8) Pekan Kuah
9) Beras Terbakar
10) Pantai Pasir Hitam
11) Pulau Rebak
12) Kampung Kristal
13) Kereta Kabel


Nak huraikan satu persatu tempat-tempat tersebut terlalu banyak la pulak kan. hehe. ermm, Jangan lupa untuk membeli-belah di IDAMAN SURI atau di mana-mana tempat yang bebas cukai di Langkawi serta jangan lupa belikan cenderamata untuk Pamilik blog ni. hehehe :)

ni ada 3 gambar pemandangan yang sempat aku ambil dari kereta kabel. Subhanallah,



Sekian, Wassalam

Tuesday, March 2, 2010

Malaysia??

Malaysia telah terkenal di seluruh pelusuk dunia. Hal ini kerana keamanan dan kesejahteraan yang telah dikecapi di Malaysia. Malaysia juga mempunyai penduduk yang berbilang kaum atau dikenali sebagai satu Malaysia yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Terdapat banyak tempat perlancongan di Malaysia yang boleh dilawati seperti Pulau Langkawi, Bukit Merah, Cameron Highland, Bukit Tinggi dan lain-lain. Mercu utama yang telah memperkenalkan Malaysia ke seluruh duina ialah terdapatnya menara berkembar yang juga menara yang paling tinggi di dunia.

Malaysia telah mengecapi kemerdekaan daripada penjajahan barat sejak tahun 1957 lagi sehingga sekarang. Sejak daripada itu telah bermulalah transformasi daripada zaman kemunduran ke zaman kemodenan. Tak dinafikan, Malaysia merupakan salah satu negara yang boleh dikira sebagai negara yang maju hasil daripada pemerintahan perdana menteri Malaysia.

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana negara kita bebas daripada sebarang kekecohan antara negara luar. Oleh itu, kita wajar semaikan perasaan cinta akan tanah air dalam hati setiap rakyat Malaysia.
Sekian.